|
Saraan Baru Perkhidmatan Awam |
|
|
|
|
Written by Bahiyah
|
|
Friday, 09 December 2011 00:27 |
|
SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM Sila rujuk Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/agensi masing-masing bagi urusan mengenai Lampiran C. Dalam tempoh ini, tumpuan utama penyampaian laman ini adalah ke atas penyebaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM. Sebarang pertanyaan berkenaan SBPA sila ajukan kepada
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Sumber : Laman Sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam |
|
Last Updated ( Friday, 09 December 2011 00:34 )
|
|
Kursus Pengurusan Jenazah Tahun 6 |
|
|
|
|
Written by Shazziela
|
|
Tuesday, 25 October 2011 00:00 |
|
Tiap yang hidup pasti akan mati. Tidak lambat sesaat dan tidak cepat sesaat. Datangnya tidak kira dimana jua kita berada. Kita wajar mempersiapkan diri untuk saat yang telah dijanjikan. Demi secebis waktu yang berbaki ini dan pelbagai rintangan yang datang menggoda,syukur pada Nya kerana Unit Bimbingan dan Kaunseling Puan Rozlinda dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah berjaya menganjurkan satu kursus pengurusan jenazah . Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah diungkapkan kepada pihak yang telah berjaya menjayakan kursus tersebut dengan jayanya. Seorang penceramah yang diberi nama Ustaz Khalid dari luar yang berpengalaman luas telah memberi kursus dengan penuh komited. Seluruh warga sekolah amat menghargai segala pendedahan dan perkongsian kursus dengan penuh semangat. Disamping itu juga para pelajar yang turut serta amat seronok dengan kursus yang dianjurkan kerana bagi mereka, ini satu peluang dan ruang yang wajar dimanfaatkan sepenuhnya. Dengan tunjuk dan petunjuk yang diperturunkan ini, sayugianya mereka dapat beramal dan berkongsi dengan umat sejagat. Semoga usaha yang kecil ini dapat diteruskan lagi pada masa yang mendatang. Dengan mendongak kepala dan merafak tangan mohon agar apa yang diusahakan ini diberkati dan dirahmati allah taala. Mudah - mudahan generasi pelajar yang lahir ini adalah yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang mampu memartabatkan Nurul Islam yang kini parah dimamah usia bumi ini. |
|
Last Updated ( Friday, 28 October 2011 23:26 )
|
|
Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 |
|
|
|
|
Written by Bahiyah
|
|
Thursday, 20 October 2011 00:00 |
|
Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 telah berjaya diadakan pada 20 Oktober 2011 dengan lancarnya. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk menghargai kecemerlangan yang telah dicapai oleh warga SKJ. Pelbagai kategori anugerah diberikan pengiktirafan. Antaranya: * Anugerah Kecemerlangan Akademik yang merangkumi tahun 1- tahun 6 * Anugerah Peningkatan Akedemik * Anugerah Matapelajaran Terbaik * AnugerahPembaca Terbaik (NILAM) * Anugerah Sahsiah Terbaik bagi setiap kelas *Anugerah Tokoh Kokurikulum *Anugerah Tokoh Murid Terbaik * Anugerah Khas PIBG
 Ucapan Wakil Pengarah ,Encik Yusuf Man
Ucapan Guru Besar En.Jamaluddin Jaapar Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil daripada Jabatan Pendidikan Perlis iaitu Encik Yusuf Man Ketua Unit Perhubungan JPN. Dalam ucapan perasmian tersebut beliau telah merakamkan tahniah kepada semua penerima hadiah. Beliau juga menekankan peranan ibu bapa dalam mempengaruhi kejayaan anak-anak. Majlis ini juga diserikan lagi dengan pelbagai persembahan daripada murid sekolah ini. Antara persembahan ini adalah nyanyian nasyid oleh murid tahun 6 di bawah pimpinan Ustaz Kamazya Ahmad, Nyanyian Bahasa Arab oleh Ustazah Suhana Said, Tarian Siam oleh Puan Roshida Mustaffa dan Tarian Inang oleh Puan Chempawn Hassan. Di samping anugerah kecemerlangan murid , majlis graduasi murid pra sekolah juga diadakan. Seramai 50 orang murid daripada Pra Sekolah Seroja dan Pra Sekolah Rafflesia telah menerima scroll masing-masing. Tahniah. |
|
Last Updated ( Thursday, 27 October 2011 09:46 )
|
|
Aktiviti Badan Beruniform-Pertandingan Memasak |
|
Pada hari Rabu 6 Julai 2011, Badan Beruniform SKJ telah mengadakan pertandingan memasak antara Badan Berunifrom iaitu : 1. PBSM (Persatuan Bulan Sabit Merah) 2. Pengakap 3. Puteri Islam 4.Tunas Puteri 5. KRS ( Kadet Remaja Sekolah) Para peserta dikehendaki menyediakan kuih Buah Melaka. Acara ini berjalan lancar dan begitu meriah sekali . Gambar untuk aktiviti ini boleh disaksikan di ruangan Galeri Gambar. |
|
Last Updated ( Thursday, 27 October 2011 09:46 )
|
|
Perkhemahan Badan Beruniform 2011 |
|
Aktiviti Perkhemahan Badan Beruniform SK Jejawi telah diadakan pada hari Jumaat 16 Jun 2011 hingga Ahad 19 Jun 2011. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan. Bermula pada jam 3.00 petang Jumaat , semua murid yang terlibat berkumpul di kantin sekolah untuk sesi taklimat awal oleh Kem Komander Encik Azharin Ariffin. Seterusnya murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang diberi nama mengikut nama haiwan yang terdapat di Malaysia. Seterusnya murid-murid memasang khemah penginapan mengikut kumpulan khemah masing-masing di tepi blok antar PKG Jejawi dan Blok Tahun 1. Acara memasang khemah di bantu oleh guru-guru penasihat dan guru bertugas. Makanan untuk murid-murid disediakan oleh guru-guru bertugas yang diketuai oleh Puan Chempewan Hassan. Makanan disediakan untuk minum petang , makan malam , minum pukul 10 malam serta sarapan pagi. Antara aktiviti yang dijalannkan adalah senaman pagi , pertandingan memasak , acara sessi burung hantu , acara berkaitan badan beruniform seperti balutan , ikatan simpulan dan lain-lain. Setiap kumpulan diberi markah tertentu bagi setiap acara tersebut. Pada malam hari kedua , semua kumpulan dikehendaki membuat persembahan masing-masing. Di samping acara persembahan kumpulan, majlis 'barbeque ' juga diadakan pada malam tersebut hasil kerjasama semua guru. Antara hidangan pada acara tersebut adalah ayam bakar berempah, ikan bakar, gulai ikan serta ulam-ulaman serta menu istimewanya adalah mentarang bakar. Sungguh meriah acara pada malam itu. Aktiviti perkhemahan ini berakhir pada tengahari Ahad dengan ucapan penutup di buat oleh tuan Guru Besar En. Jamaluddin Jaapar. GAMBAR AKTIVITI INI BOLEH DISAKSIKAN DI RUANGAN GALERI GAMBAR |
|
Last Updated ( Thursday, 27 October 2011 09:41 )
|
|
|
Majlis Persaraan GB En.Mohd Zain Omar |
|
Beliau telah mula menjalankan tugas sebagai Pentadbir Sekolah mulai tahun 2002. Hampir sepuluh tahun beliau tidak berhenti-henti mencurahkan bakti kepada sekolah ini. Beliau dilahirkan pada 8 April ...56 tahun yang lepas. Itulah antara ucapan yang telah dibacakan pada Majlis Persaraan beliau. Majlis ini bermula dengan acara menjemput tuan GB daripada rumah beliau di Taman Aman Kangar oleh sepasukan guru, lalu di bawa ke Sk Jejawi. Setibanya GB di pagar sekolah , beliau diarak ke pejabat sekolah untuk kali terakhir. Di sana beliau menghabiskan segala tugasan beliau. Tepat jam 10.00 pagi , beliau di bawa turun ke ruang perhimpunan kantin sekolah dengan paluan kompang dan diiringi dengan kanak-kanak penghias bunga. Setibanya di pentas , tuan GB di arak naik dan duduk di singgahsana yang telah dihias indah. Beliau telah menyampaikan amanat terakhir khas untuk semua murid-murid SKJ , guru-guru dan ibu bapa. Harapan beliau agar sekolah ini akan terus mencipta kecemerlangan. Pelbagai acara persembahan murid dan guru telah diadakan . Acara ini berlangsung dengan meriah. Acara terakhir adalah penyampaian cenderahati oleh murid-murid dan guru-guru dan acara bersalam-salaman. Setrusnya Tuan GB telah diiring ke kereta khas yang dibawa oleh Tuan Syed Nizamuddin untuk membawa pulang Tuan GB ke kediaman beliau. Semua murid dan guru melambai-lambai beliau di sepanjang kawasan pagar sekolah. Seterusnya di sebelah malam pula diadakan Majlis Tertutup antara semua staf dan guru-guru SK Jejawi sempena persaraan tersebut. Majlis diadakan di Ocean Glow Kuala Perlis. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam. GAMBAR MAJLIS PERSARAAN DAN MAJLIS MAKAN MALAM TERSEBUT BOLEH DISAKSIKAN DI RUANGAN GALERI GAMBAR |
|
Last Updated ( Thursday, 27 October 2011 09:40 )
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>
|
|
Page 1 of 7 |