

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Daripada Seluruh Warga Jabatan Pelajaran Perlis
|
|
|
KAMI WARGA PENDIDIKAN NEGERI PERLIS DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI; 1. Memastikan semua murid, mengikut umur yag ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan baru dimulakan; 2. Memproses penempatkan guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari 21 hari bekerja setelah menerima senarai guru dari Kementerian Pelajaran Malaysia; 3. Memastikan semua permohoan diproses oleh JPN dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh borang diterima; 4. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personal dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan; 5. Menentukan kekosongan jawatan Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan diisi dalam tempoh 30 hari bekerja selepas berlakunya kekosongan; 6. Memastikan pembayaran bagi segala tuntutan dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh tuntutan diterima; 7. Memastikan peperiksaan awam dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang ketidakakuran sepanjang masa; 8. Memastikan Jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan: a. Sentiasa memberi layanan mesra dan perkhidmatan kaunter dengan kadar segera; b. Menentukan segala surat rayuan dan aduan diberi jawapan dalam tempoh 14 hari bekerja; 9. Memastikan guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berlandaskan dasar dan sukatan pelajaran serta kaedah yang berkesan sepanjang tahun; 10. Bertekad melaksanakan pengurusan dan perancangan ICT dengan berkesan dan bertanggungjwab sepanjang tahun; 11. Memastikan kemudahan pembelajaran, pengembangan bakat dan potensi pelajar disediakan sepanjang tahun; 12. Memastikan setiap warga pelajaran berpeluang mendapatkan perkhidmatan kaunseling setiap masa; 13. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan. |