gototopgototop
  • Decrease font size
  • Reset font size to default
  • Increase font size

JABATAN PELAJARAN PERLIS
Jalan Tun Abdul Razak
01990 Kangar, Perlis.
Tel: 04-973 7777
Faks: 04-976 7080
E-Mel: info@jpnperlis.gov.my

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Daripada Seluruh Warga Jabatan Pelajaran Perlis

Jabatan Maklumat Sektor Sektor Jaminan Kualiti
Cetak emel

Menjadikan Jabatan Pelajaran Perlis yang terunggul di Malaysia menjelang 2012.

Merealisasikan pengurusan pendidikan cemerlang dan terbilang serta perkhidmatan yang efisien dan berintegriti untuk menghasilkan modan insan kelas pertama berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.

  • Memberi bimbingan berterusan kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di Negeri Perlis agar dapat mencapai tahap kualiti kepimpinan yang cemerlang.
  • Mengurus sistem kepiawaian dan pengurusan dokumen kualiti.

  • Meningkatkan Kompentensi dan pengalaman semua pegawai di Sektor Jaminan Kualiti dalam bidang pengurusan pendidikan sebagaipakar rujuk kepada pengurus-pengurus sekolah - Pengetua dan Guru Besar.
  • Memberi bimbingan secara berterusan kepada pengurus sekolah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah.
  • Memastikan pengurus sekolah menerima latihan (coaching) secara hands-on secukupnya dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran.
  • Membangunkan sekumpulan pengurus sekolah yang pakar untuk membantu dan memberi bimbingan kepada pengurus-pengurus sekolah yang lain - (Coaching Partnerships)
  • Membudayakan kajian tindakan dalam pengurusan pendidikan untuk melahirkan pelbagai kaedah kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang berkualiti.
  • Mengindoktrinkan pemikiran pengurus sekolah bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional.


  1. Pentaksiran dan Penilaian
  • Melaksanakan mekanisma untuk mengesan kelemahan dan kekuatan pengurusan dan pentadbiran sekolah berfokuskan Sistem Pengajaran dan pembelajaran di sekolah.* Membuat pentaksiran dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program pendidikan untuk murid, iaitu Program akademik dan Program kemanusiaan.
  • Melaksanakan penilaian untuk Keberkesanan program profesional keguruan (Program Perkembangan Staf)
  • Membuat penilaian pelbagai program sokongan pendidikan.
  • Memberi bimbingan dan sebagai mentor kepimpinan ke atas pentadbiran sekolah untuk meningkatkan kualiti Pengetua dan Guru Besar kepada standard yang ditetapkan.
    2.  Penyeliaan Mental Pendidikan
  •  Mengindoktrinkan pemikiran pentadbir sekolah bagi menzahirkan jati diri memimpim proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Melatih kaedah berfikir untuk membuat perancangan perlaksanaan persekolahan.
  • Menggereakkan perubahan pemikiran (Anjakan Minda) supaya berfikiran terbuka (Thinking Outside the box), proaktif, kritis dan kreatif.
    3.  Mengekal Jaminan Kualiti (Quality Assurance)
  • Memberi bimbingan berterusan untuk membentuk sistem pengurusan sekolah secara profesional.
  • Mengekal dan meningkatkan kualiti kepimpinan instruksional.
  • Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah.
  • Menyelaras perlaksanaan sistem pengurusan kualiti seperti yang ditetapkan dalam pekeliling kemajuan perkhidmatan awam dan lain-lain pekeliling perkhidmatan yang berkaitan.
  • Merancang, menyelaras, membina dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan bertaraf dunia.
  • Menyelaras pengumpulan, penyelenggaran, penerbitan penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti dalam organisasi.
  • Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat organisasi (KPM/JPN/PPD).
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan audit dalaman bagi seluruh proses kerja dalam organisasi.
  • Menjadi urusetia tetap mesyuarat pengurusan jabatan dan semua urusan mendapatkan maklumbalas minit mesyuarat pengurusan di peringkat kementerian yang ditentukan oleh pihak pengurusan atasan.
    4.   Mengamalkan Penyelidikan
  • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menjalankan aktiviti penyelidikan khususnya Kajian Tindakan dalam melaksanakan dasar dan keputusan.
  • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menguasai kemahiran membuat analisis maklumat untuk membentuk strategi dan pendekatan peningkatan kualiti penyampaian bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah membuat keputusan berteraskan kepada fakta dan maklumat menyeluruh.

 

 

 

 

Dasar Privasi    |    Dasar Keselamatan    |    Notis    |    Hakcipta    |    Pasukan Portal    |    Bantuan

Hak Cipta Terpelihara © 2010 Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
Laman Dijana Dalam 0.08 saat.