|
Pada 24 Februari 1999, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 telah dikeluarkan bagi tujuan mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling di Agensi Awam. Selaras dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Cawangan Kaunseling dan Keutuhan (CKK) di Bahagian Sumber Manusia pada awal tahun 2000. Manakala di peringkat Jabatan Pelajaran pula dinamakan sebagai Unit Kaunseling dan Keutuhan di bawah Sektor Perkhidmatan Pendidikan. Pada 1 Mac 2008, Cawangan Kaunseling dan Keutuhan telah dinaiktaraf sebagai Bahagian Psikologi dan Kaunseling di Kementerian Pelajaran. Manakala di negeri dikenali sebagai Sektor Kaunseling dan Keutuhan, kemudian pada November 2008 bertukar kepada Sektor Psikologi dan Kaunseling.
Mewujudkan Iklim Perkhidmatan Pengurusan Yang Kondusif, Terapeutik dan Efektif Berteraskan Perkhidmatan Cemerlang Yang Berkualiti Secara Menyeluruh dan Berkesan.
Menyediakan Perkhidmatan Kaunseling Dari Aspek Pengembangan, Pencegahan dan Pemulihan Ke Arah Mempertingkatkan Pengetahuan, Ketrampilan Diri dan Menghasilkan Budaya Kerja Cemerlang dan Profesional Dalam Membangunkan Modal Insan Selaras Dengan Misi Nasional.
Membantu Warga Kementerian Pelajaran Malaysia untuk : * Memahami dan dapat menerima dirinya dan menyesuaikannya dengan persekitaran tempat kerjanya. * Meningkatkan prestasi diri dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan dalam organisasi tersebut. * Membuat perancangan kerja yang baik dan mampu membuat keputusan dengan bijak. * Mewujudkan hubungan mesra dan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam kalangan warga pendidikan. * Memberikan khidmat kebajikan kepada warga pendidikan yang memerlukan.
1. Memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pegawai dan kakitangan pendidikan. 2. Merancang dan melaksanakan kursus berkaitan perkhidmatan kaunseling. 3. Mengumpul dan menganalisis data pegawai dan kakitangan yang mendapat khidmat kaunseling. 4. Memantau perkhidmatan kaunseling pentadbir.
AKTIVITI FUNGSI UTAMA
1. Perkhidmatan kaunseling yang sistematik
- Mengendalikan sesi kaunseling
- Mengendali sesi kaunseling kes sukarela.
- Konsultasi (rundingcara) dan menjalankan ujian psikologi.
- Mengendalikan kes kakitangan bermasalah.
2. Perkhidmatan kaunseling yang sistematik
- Kursus pembangunan staf.
- Kursus pemulihan staf.
- Memberi khidmat bakti psikososial kepada komuniti.
3. Mengumpul dan menganalisis data
- Data SPK/ EMIS
- Data Program 3P
* Memastikan setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia di Negeri Perlis yang berkenaan berpeluang mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling. * Memastikan Perkhidmatan Kaunseling akan dijalankan secara professional berdasarkan amalan dan prinsip serta Etika Kaunseling. * Memastikan setiap pelanggan akan menerima layanan dan perkhidmatan Kaunseling yang mesra, selesa dan efisien. * Memastikan perkhidmatan yang diberikan mampu memberi panduan dan kemahiran ke arah peningkatan diri yang lebih positif dan proaktif. * Memastikan setiap maklumat yang dibincangkan dalam sesi pertemuan adalah dijamin kerahsiaannya.
1. Komunikasi * Komunikasi Pengurusan * Komunikasi Berkesan * Komunikasi Interpersonal 2. Pengucapan Awam 3. Pengurusan Stres * Pengurusan Stres * Stres Dan Cara Menanganinya * Inventori Stres (PSI, Petanda Stres, dan lain-lain) * Keluarga Dan Stres 4. Pengurusan Staf Bermasalah(Pekeliling Dan Tindakan) 5. Budaya Kerja * Budaya Kerja Cemerlang * Etika Kerja Perkhidmatan Awam * Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia * Budaya Kerja Kelas Pertama * Pembinaan Kerja Berpasukan 6. Profesionalisme Dalam Pengurusan Pendidikan ( Guru ) 7. Menjana Kecemerlangan Diri 8. EQ / ESQ 9. Penghargaan Dan Memenangi Hati Orang Lain 10. Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 11. Kepimpinan * Kepimpinan Pengurusan Organisasi * Kepimpinan ( Model Pengurusan Kompas ) 12. Kesihatan Mental Dalam Pengurusan
| BIL | KOD BORANG
| NAMA BORANG
| WARNA
|
| 1 |
BK 1
|
BORANG TEMU JANJI
|
OREN LEMBUT
|
| 2 |
BK 2
|
BORANG KEBENARAN MENINGGALKAN TUGAS
|
PUTIH |
| 3 |
BK 3
|
BORANG PENGESAHAN MENGHADIRI SESI
|
PUTIH |
4
|
BK 4
|
4.1 BIODATA KLIEN
|
BIRU
|
| |
|
4.2 LAPORAN SESI KAUNSELING
|
BIRU |
| |
|
4.3 LAPORAN KEMAJUAN SESI
|
BIRU |
| 5 |
BK 5
|
LAPORAN PEGAWAI / KAKITANGAN SOKONGAN YANG BERMASALAH
|
HIJAU |
| 6 |
BK 6
|
BORANG MAKLUMAT PEGAWAI / KAKITANGAN SOKONGAN YANG BERMASALAH (KESIHATAN MENTAL / SAKIT KRONIK)
|
KUNING
|
7
|
BK 7
|
BORANG MAKLUMAT PEGAWAI / KAKITANGAN SOKONGAN YANG BERMASALAH (BERPRETASI RENDAH)
|
MERAH JAMBU
|
8
|
BK 8
|
LAPORAN PEMANTAUAN KES
|
PUTIH
|
| 9 |
BK 9
|
BORANG KONTRAK SESI
|
PUTIH |
| 10 |
BK 10
|
BORANG MENOLAK PERKHIDMATAN KAUNSELING
|
PUTIH |
1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2009 Urusan Pertukaran Dan Pengurusan Pegawai Pendidikan Ke Dalam Jawatan KUMPULAN Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1995 Prosedur Membicarakan Pegawai Atas Sebab-sebab Kesihatan
3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1991 Mengendalikan Kes Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Yang Dikenalpasti Sedang Mengalami Sakit Jiwa/ Mental
4. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 22 Tahun 2005 Menangani Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja
5. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 Tahun 2007 Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam (PDKPA)
Bil. Kod Nama Borang Warna
Borang
1. BK 1 Borang Temu Janji Oren Lembut
2. BK 2 Borang Kebenaran Meninggalkan Tugas Putih
3. BK 3 Borang Pengesahan Menghadiri Sesi Putih
4. BK 4 4.1 Biodata klien Biru
4.2 Laporan Sesi Kaunseling Biru
4.3 Laporan Kemajuan Sesi Biru
5. BK 5 Laporan Pegawai / Kakitangan Sokongan Hijau
Yang Bermasalah
6. BK 6 Borang Maklumat Pegawai / Kakitangan Sokongan Kuning
Yang Bermasalah (Kesihatan Mental / Sakit Kronik)
7. BK 7 Borang Maklumat Pegawai / Kakitangan Sokongan Merah Yang Bermasalah (Berprestasi Rendah) Jambu
8. BK 8 Laporan Pemantauan Kes Putih
9. BK 9 Borang Kontrak Sesi Putih
10. BK 10 Borang Menolak Perkhidmatan Kaunseling Putih
|